Tuesday, March 9, 2010

tergamaknya

hati aku betul betul tersentuh bila lihat berita anak kecil yang ditinggal oleh mak mereka.apakah salah dan dosa mereka sampaitergamak ditinggal sebegitu.andai tiada persefahaman dengan pasangan pun jangan anak kecil yang tak mengerti menjadi mangsa.

dimanakah kewarasan orang kita dikala negara menghala ke era negara maju.aku tak punya kuasa untuk menyatukan mereka dengan ibu mereka,namun aku menyeru pada ibu terbabit...pulanglah kepangkuan anak anak mu..mereka amat memerlukan mu..jangan tunggu hingga tubuh yang kecil dah tak bernyawa baru mahu diratapi dan disesali..selagi masih ada kesempatan yang tuhan beri..rebutlah.

mungkin malam ini hati aku akan mudah tersentuh,menangis dek memikirkan nasib anak kecil tersebut.

marilah kawan semua kita bertanggung jawab bersama prihatin dan endah dengan persekitaran kita,andainya ada kisah sebegini majulah kehadapan sebagai pendamai dan penyelamat.

salam penuh keinsafan.